WooCommerce Coupons

1. Di Dashboard, Klik WooCommerce —> Coupons. Paparan Coupon akan tertera. Klik Add coupon

2. Isi detail dalam borang

Coupon Code : Isi Promo Code yang akan anda berikan kepada prospek. Pastikan ianya ringkas dan mudah ingat.

Description : Tulis maklumat kempen penjimatan anda seperti Promo Merdeka, untuk rujukan anda sahaja.

Coupon Data : General – Discount type : Ada 3 pilihan. Boleh pilih salah satu.

Pecentage discount : Berapa % penjimatan yang ingin anda berikan
Fixed cart discount : Berapa RM penjimatan yang ingin diberikan terhadap keseluruhan order
Fixed product discount : Berapa RM penjimatan yang ingin anda berikan terhadap per unit produk tertentu

Coupon amount : Isikan jumlah penjimatan

Coupon expiry date : Letakkan tarikh expired coupon tersebut

3. Usage restriction. Di ruangan ini, kita boleh set minimum spend & maximum spend dan juga khusus kepada Products yang terlibat

4. Usage limits – Kita boleh set berapa kali boleh digunakan kupon tersebut

5. Checkout – Kita boleh set, jenis shipping yang terlibat, jenis payment yang terlibat & jenis user yang terlibat untuk mendapatkan diskaun

6. Miscellaneous – Kita juga boleh set Coupon akan dipaparkan secara automatik jika kriteria yang disetkan dipenuhi.

Setting untuk menyediakan Promo Code / Coupon Code amatlah banyak. Ia bergantung kepada jenis kempen pemasaran yang ingin dilakukan. Kupasan jenis kempen pemasaran secara spesifik & setting yang diperlukan, akan diterangkan dengan lebih lanjut di topik lain.

Lontarkan Persoalan / Pandangan