Salesman Yang Tak Pernah Minta MC

Dalam bisnes, juru jual (Salesman) merupakan pekerja yang membantu kita dalam menghasilkan jualan. Adakalanya kita sendiri sebagai salesman ataupun pekerja kita.

Seperti biasa, salesman adalah manusia, adakalanya sakit, adakalanya perlu tidur dan adakalanya perlu menguruskan banyak kerja.

Salesman yang secara offline ini, boleh diubah menjadi online, dan ia boleh memikul tugas salesman tanpa tidur, tanpa minta MC dan tanpa sakit.

Dalam kedai online, kita perlu ada ruangan artikel, iaitu cerita-cerita yang menarik (macam kita tulis kat fb). Ianya tentang kelebihan produk, tentang masalah yang boleh diselesaikan dengan produk ataupun penjelasan terperinci berkaitan produk.

Dengan cara ini, kedai online kita mempunyai salesman, prospek akan baca apa yang kita sampaikan dan mereka lebih memahami dan seterusnya membeli produk kita secara online.

Inilah salah satu cara, bagaimana kita boleh memaksimakan jualan dan mengurangkan kos operasi.

Lontarkan Persoalan / Pandangan