3 Step Menjual Dalam Senyap

Apabila prospek ingin mengambil tahu tentang sesuatu produk itu, maka ia berminat untuk memiliki produk tersebut.

Oleh itu, prospek ini harus diingatkan &disampaikan tentang kelebihan produk serta masalah yang boleh diselesaikan oleh produk tersebut.

Proses pukat prospek

Step 1 : Mereka minat, berikan produk percuma. Paling mudah dan jimat ialah produk digital seperti ebook/video sebab kos penghasilannya hanya sekali sahaja. Pastikan mereka boleh beli produk ini dengan kos zero (percuma).

Ini dilakukan untuk melatih mereka menggunakan kedai online dan juga mengambil maklumat nama & email supaya mereka boleh dihubungi semula.

Step 2 : Nama & Email tersebut akan dikumpulkan dalam satu sistem yang dipanggil autoresponder. Sistem inilah yang akan digunakan untuk menghubungi mereka kembali melalui email.

Proses pengumpulan ini dilakukan secara automatik sebab setiap pembelian melalui kedai online, sama ada secara percuma mahupun berbayar, tetap akan menggunakan nama & email.

Step 3 : Hantar email berkali-kali, memberikan informasi kepada mereka berkaitan kelebihan dan penyelesaian masalah. Apabila mereka sudah faham dan memerlukan, mereka akan beli produk kita tanpa diminta atau dipaksa.

Mereka akan membeli melalui link yang kita hantar melalui email. Yang menariknya, orang luar tidak tahu tentang offer/promosi yang kita tawarkan sebab hanya mereka yang berminat sahaja akan menerima email tersebut. Rujuk Step 1.

3 step ini yang membolehkan kita menjual produk/servis dalam senyap. Mudah-mudahan kita mampu mengumpul seberapa ramai orang yang berminat dan hanya fokus menjual kepada mereka secara senyap. Promote produk percuma, dapat jualan secara senyap.

Lontarkan Persoalan / Pandangan